Demi Negara, Semua MP BN sokong Belanjawan 2021

Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang ini sebulat suara bersetuju untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 November ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, persetujuan itu dinyatakan semua ahli parti dalam satu mesyuarat khas yang beelangsung sebentar tadi.

“Mesyuarat (hari ini) kita buat keputusan, kita sokong belanjawan. Kita hendak beritahu bahawa kita tidak ragu-ragu (untuk berikan sokongan).

“Jadi maknanya pihak kerajaan atau Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak perlu bimbang dan ragu. Kita akan pastikan belanjawan diluluskan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat khas di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan bermula 3:30 petang tadi dan tamat pada 4:30 petang.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat khas itu bertujuan memberi kefahaman kepada semua Ahli Parlimen berkenaan Perbekalan (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020.

Beliau berkata, semua Ahli Parlimen perlu bersatu hati untuk memberi sokongan kepada Belanjawan 2021.

“Ketua Whip kemudian akan diterangkan Ketua Whip parti kepada ahli parti masing-masing,”menurutnya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Baginda bertitah, belanjawan kali ini amat penting untuk menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi. MG

Belanjawan dan undi tak percaya, apa persediaan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker