Aktiviti pelancongan program Gelembung Pelancongan Bersasar – Zahid Hamidi

Kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan merentas negeri di antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP lain di bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar mulai 10 Mac 2021.

Bagi negeri PKPB ia tidak dibenarkan.

Aktiviti itu bagaimanapun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

SOP ketat juga perlu menggunakan kenderaan pelancongan berdaftar. Pergerakan mengunakan kenderaan persendirian tidak dibenarkan.

Dalam perkembangan semasa negeri yang terlibat PKPP adalah Perlis, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Negeri yang terlibat PKPB adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Saya cuma ingin bertanya jika orang Melaka mahu bercuti ke Perlis, bagaimana cara untuk ke negeri itu?

Jika menggunakan laluan udara ia tiada masalah, tetapi jika menggunakan kereta pelancongan berdaftar adakah ia akan dibenarkan? Setahu saya dari Melaka perlu melalui negeri PKPB iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Kedah.

Minta maaf, saya terlupa bagi laluan udara di Perlis tiada lapangan terbang, maka memerlukan mendarat di Kepala Batas, Kedah. Jika mendarat di Kedah adakah akan dibenarkan ke Perlis?

 
Zahid Hamidi
Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia

Presiden Gerakan main propaganda Umno dan PH bakal bergabung- Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker