Pelajar rugi RM5,250 terperdaya tawaran RM80,000 jual syiling lama

 

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta di Damansara kerugian RM5,250 selepas diperdaya seorang warga asing yang kononnya sanggup membayar harga tinggi untuk membeli syiling lama miliknya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek menawarkan RM80,000 untuk lapan keping wang syiling lama milik mangsa.

Beliau berkata, suspek menghubungi mangsa berusia 18 tahun itu menerusi akaun laman sosial sebelum meneruskan urusan jual beli menggunakan nombor telefon antarabangsa.

“Suspek mendakwa membuat pembayaran ke akaun mangsa selepas melihat gambar syiling lama itu, tetapi wang tersebut disekat untuk pengeluaran.

“Mangsa kemudiannya diarah memasukkan wang caj transaksi ke akaun milik seorang lelaki tempatan yang dipercayai keldai akaun dan melakukan tujuh transaksi ke akaun sama,” katanya dalam kenyataan.

‘Jutawan’ barang tiruan diberkas

Nik Ezanee berkata, mangsa membuat laporan 1 Mac lalu selepas menyedari ditipu apabila suspek tidak pernah mengarahkannya menghantar syiling lama tersebut, walaupun kononnya pembayaran sudah dibuat.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam urusan jual beli apa jua barang supaya tidak mudah ditipu dengan pelbagai muslihat licik penjenayah. Tiada urus niaga mudah dalam talian yang boleh membawa keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Dalam perkembangan kes berasingan, seorang pakar kecantikan di sebuah pusat kecantikan yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk hingga merempuh sekatan jalan di laluan keluar plaza tol Damansara ditahan polis awal pagi tadi.

Nik Ezanee berkata, dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier yang dipandu wanita 32 tahun itu merempuh peralatan sekatan jalan ketika sepasukan anggota sedang bertugas.

“Ujian pernafasan alkohol mendapati wanita itu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

“Suspek diberi jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

53 tahun Syiling Tersumbat Di Hidung

Semua rugi jika asyik rebut kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker