Usah buat spekulasi kes Covid Flat Sibu Jaya

SIBU: Masyarakat di daerah Sibu diminta tidak membuat spekulasi mengenai tindakan bakal diambil ke atas dua flat kediaman di Sibu Jaya, iaitu Flat H dan Flat I apabila mencatat jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi hari ini.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Charles Siaw telah diminta mengadakan mesyuarat esok (Selasa) bagi membincangkan tindakan perlu diambil berkaitan peningkatan kes berkenaan.

“Esok kami akan bermesyuarat dan mengesyorkan apa akan dilakukan kepada penduduk di kedua-dua flat itu yang mencatat jumlah kes tinggi,” katanya semasa siaran langsung Penjelasan Terperinci Kes Positif Harian di Sibu melalui laman Facebook beliau hari ini.

Lima flat yang masih diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sibu Jaya mencatat sebanyak 107 kes positif Covid-19, dengan Flat H dan Flat I masing-masing merekodkan 42 dan 58 kes positif.

Annuar Rapaee

Flat C mencatat empat kes positif, Flat N (dua kes) dan Flat R (satu kes) manakala Flat G dan Flat M yang telah ditamatkan daripada PKPD baru-baru ini, masing-masing mencatat satu kes positif Covid-19.

Menurut Annuar, kes-kes tersebut dikesan melalui ujian saringan ketiga dilaksanakan tiga hari lepas dan mereka yang positif itu tidak bergejala.

Lima cedera terjun daripada flat yang terbakar

Beliau yang juga penyelaras JPBB Sibu mengulangi nasihat supaya penduduk di kawasan flat terbabit terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan penularan virus itu.

Keseluruhannya daerah Sibu mencatat 149 kes baharu positif Covid-19 yang tidak bergejala, iaitu 133 kes adalah individu disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif Covid-19, 14 kes lain-lain saringan yang hadir ke pusat kesihatan dan dua kes melibatkan petugas kesihatan.

Mengenai kluster baharu iaitu Kluster Jalan Awang yang mencatat 42 kes semalam, beliau berkata ia melibatkan pusat transit penerimaan Penjara Pusat Sibu.

Pusat transit itu adalah pusat kuarantin bagi tahanan sebelum mereka dipindahkan ke penjara pusat tersebut untuk mengelak banduan dijangkiti Covid-19.

“Terdapat 10 kakitangan di pusat itu dan setengah daripada mereka telah menerima vaksin. Jika bertukar syif, mereka akan dikuarantin di tempat khas selama dua minggu,” katanya.

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh tingkat 15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker