Cara halau haiwan perosak dari rumah anda selama-lamanya

Lipas, tikus dan cicak membawa penyakit dan memberi risiko kesihatan (Gambar Rawpixel)

Sebut saja tikus dan lipas, pasti siapa pun akan membencinya kerana ia bukan saja haiwan kotor dan menjengkelkan tetapi juga boleh memberi risiko kesihatan sekali gus membawa penyakit.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat kerana lipas boleh menjadi tempat virus dan bakteria membiak seperti salmonella dan virus polio.

Tikus pula boleh membawa virus seperti wabak atau demam berdarah, juga virus yang menyebabkan kematian tinggi di Malaysia.

Selain itu, cicak juga membawa penyakit dan perlu dihapuskan.

Selepas ini, jika anda ternampak mana-mana haiwan terbabit, jangan menjerit pula sebaliknya cuba beranikan diri untuk melakukan sesuatu.

Ini adalah antara cara berkesan untuk mencegah dan menghapuskan hidupan ini daripada terus menguasai rumah anda.

“Berjaya Tangkap Hidup Atau Mati” – Ganjaran RM3 Seekor Tikus Ini Akan Dibayar Kepada Anda

Lipas

Lipas tidak boleh hidup tanpa air, pastikan anda tidak meninggalkan air di dalam bekas terbuka di rumah. (Gambar Rawpixel)
  • Jangan biarkan kawasan rumah basah

Jangan membiarkan kawasan rumah anda basah. Lipas dikatakan boleh hidup sehingga dua bulan tanpa makanan tetapi hanya mampu hidup seminggu saja tanpa air.

Jadi, baiki semua paip bocor di rumah anda dan periksa sekitar kawasan termasuk kebun yang mempunyai bekas atau pasu mengandungi air bertakung.

  • Bersihkan semua tempat

Langkah kedua ialah bersihkan rumah anda. Jangan biarkan keadaan berselerak termasuk perabot.

Lipas adalah haiwan yang agak lasak hingga mampu menahan radiasi yang boleh membunuh manusia.

Jadi pastikan semua sampah dibuang setiap malam, sinki dibiarkan bersih dan jangan tinggalkan sisa makanan di luar yang boleh ‘menjemput’ lipas ini datang.

  • Gunakan buih

Menurut seorang penulis blog bernama Sylvia Tramos, buih boleh membunuh lipas hampir serta merta.

Anda boleh menggunakan apa saja syampu, cecair sabun, pembersih, cecair pembersih pinggan mangkuk atau sabun untuk membentuk buih.

Ini adalah cara terbaik untuk menghabiskan sisa syampu yang tidak mahu digunakan lagi.

Selain buih, umpan atau racun lipas juga boleh membunuhnya. Buat apa yang terbaik untuk keluarga anda dan ambil kira keselamatan anak dan haiwan peliharaan.

Pembuat Kek Ipoh Layan ‘Request’ Pelanggan Mahu Lain Dari Yang Lain- Bersedia lah beb…

Tikus

Tikus membawa penyakit yang boleh menyebabkan maut. (Gambar Rawpixel)
  • Bersihkan rumah

Sebaik anda mengenal pasti sarang tikus, bersihkan seluruh rumah supaya tiada sisa makanan dan minuman yang tinggal. Jangan lupa untuk menutup lubang pada dinding atau siling yang boleh menjadi pintu masuk haiwan menggelikan ini.

  • Gunakan perangkap

Memburu haiwan ini pada waktu malam bukan kerja manusia jadi perangkap tikus adalah jalan terbaik.

  • Halau tikus

Mencegah haiwan ini daripada memasuki rumah adalah jalan terbaik. Celupkan kain buruk dalam cecair ammonia atau gunakan ubat gegat dan tinggalkan di lokasi yang menjadi tumpuan tikus.

Bau seperti minyak pudina dan daun pudina kering juga dikatakan berkesan menghalau tikus.

Cicak

Caption: Kulit telur dan bawang putih adalah penghalau cicak yang berkesan. (Gambar Rawpixel)
  • Tutup semua lubang dalam rumah

Tidakkah anda penat melihat cicak merayap pada dinding rumah? Seperti lipas dan tikus, cicak juga masuk menerusi lubang kecil yang ada dalam rumah dan akan terus mencari makanan.

Anda boleh gunakan plaster untuk menampal bahagian retak dan berlubang.

  • Halau dengan kulit telur dan bawang putih

Cicak sebenarnya tidak suka kepada bau kulit telur dan jika anda menyediakan sarapan telur, simpan kulitnya dan tempatkan di sekitar rumah.

Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau cicak.

  • Bebola untuk menghalau cicak

Pernah tahu mengenai cara ini? Ia adalah kombinasi serbuk kopi, tembakau yang dijadikan sebagai bola kecil dan selepas cicak memakannya, ia akan mati.

Terdapat banyak cara untuk membunuh haiwan perosak di dalam rumah dan paling penting ialah sentiasa pastikan rumah dalam keadaan bersih dan tertutup.

Artikel ini telah diterbitkan di kaodim.com

Cicak berkepala dua, berkaki lima ditemui penduduk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker