[VIDEO] Papan Tanda Hospital KPJ Ampang Puteri Terbakar

Papan tanda yang berada di luar bangunan Hospital KPJ Ampang Puteri musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 10.07 malam semalam.

Dalam kejadian mencemaskan tersebut, asap tebal telah menyelubungi ruang bilik dan terdapat percikan api.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dikesan berlaku di tingkat empat bangunan tersebut.



VIDEO DIBAWAH:-

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/MQef5f05/papan-tanda-hospital-kpj-ampang-puteri-terbakar_hd.mp4[/KGVID]

“Pengawal keselamatan yang bertugas telah mengambil tindakan awal dengan membuka pintu bilik dan menutup suis papan tanda bagi mengelakkan kebakaran menjadi lebih teruk.

“Hasil pemeriksaan, cermin tingkap di ruang bilik berkenaan mempunyai kesan bakar namun tiada kesan kebakaran dijumpai di sudut lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.



“Anggota bomba telah berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya kurang 30 minit selepas kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan,” jelasnya.- K! ONLINE

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker