Pearly Tan-M Thinaah juara Terbuka Switzerland

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meraih kejayaan paling manis dalam karier mereka apabila memenangi Terbuka Switzerland di Basel, sebentar tadi.

Pasangan negara itu yang tidak diletakkan selaku pemain pilihan, membuktikan kualiti yang ada pada mereka selepas menewaskan pilihan ketiga kejohanan dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-19, 21-12 dalam tempoh 43 minit.

Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-30 dunia mempamerkan aksi meyakinkan di set pertama apabila mendahului Gabriela-Stefani hampir keseluruhan permainan namun goyah seketika selepas lawan mendahului 19-17.

Bagaimanapun gandingan negara itu yang menewaskan rakan senegara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pada aksi separuh akhir kekal tenang sebelum meraih kemenangan 21-19.

Pearly-Thinaah terus unggul di set kedua apabila tidak memberi peluang kepada lawan untuk bangkit sebelum melakar kemenangan 21-12 sekali gus meraih kemenangan pertama pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.-HM

Tindakan BAM Pelik – Roslin Hashim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker