Bisikan ghaib arah cederakan kucing, isteri

Bisikan ghaib arah cederakan kucing, isteri

Putrajaya: “Saya pernah berdepan serangan ‘anxiety’ (kebimbangan melampau) sehingga muncul bisikan misteri mengarahkan saya mencederakan diri sendiri termasuk isteri,” kata bekas pelaut, Abdul Samad Selamat, 36.

Dia yang pernah bekerja di sebuah syarikat perkapalan berkata, penyakit itu boleh dirawat namun memerlukan masa, kesabaran dan kekuatan diri bagi melawan penyakit itu.



Menurutnya, dia mengambil pendekatan berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani perubatan Islam sebagai langkah menangani ‘anxiety’ dialami itu.

“Saya mula diserang simptom penyakit itu sejak Mac tahun lalu bermula dengan rasa pitam, perasaan takut teramat sangat, badan seperti dicucuk benda tajam dan sesak nafas.

“Sepanjang berdepan penyakit itu, saya mendengar bisikan menyuruh saya mengelar lengan sendiri, membunuh kucing termasuk isteri,” katanya pada Program Kesejahteraan Kesihatan Dalam Kalangan Pelaut di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat anjuran Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, semalam.

Program julung kali diadakan KKM dengan kerjasama Malaysia Offshore Seaferers (MOS) itu bertujuan berkongsi idea dan menyelami masalah dihadapi golongan pekerja di laut.



Samad berkata, selain menjalani perubatan moden dan Islam, dia sentiasa membaca al-Quran setiap hari, berzikir dan solat sunat.

Berkongsi pengalaman, dia berkata penyakit itu menyerang ketika dia belayar di Kemaman, Terengganu.

“Secara tiba-tiba, saya berasa seperti mahu pitam dan diserang sakit jantung.

“Saya turut menyimpan pisau serta peralatan tajam lain kerana tidak mahu mencederakan diri sendiri jika diserang penyakit itu.



Malah saya juga mendengar suara misteri menyarankan saya membunuh diri dengan meminum racun.

“Bisikan itu sering datang selepas waktu Asar dan Maghrib,” katanya.

Bekas pelajar Akademi Laut Malaysia (Alam), Melaka dan memiliki 10 tahun pengalaman bekerja dengan syarikat perkapalan memberitahu beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu.

Samad tidak dinafikan jadual kerja yang terlampau padat dan kekurangan masa untuk berehat ketika bekerja menyebabkan dia mendapat gangguan itu.



Menurut Samad, dia bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga termasuk isteri, Suraya Ussam yang memahami dan sentiasa positif berada di sisi untuk membantu apabila diserang ‘anxiety’. HM

Bisikan ghaib arah cederakan kucing, isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker