Tular aluminium foil tambah kelajuan capaian internet


Sebelum ini wujud dakwaan kelajuan capaian internet bertambah jika modem atau telefon pintar disalut dengan alumunium foil.

Dakwaan itu bagaimanapun kembali tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ia selepas beberapa netizen mendakwa eksperimen mereka ke atas teori tersebut membuahkan hasil.

Pemilik akaun Facebook AQu Fenz mendakwa, capaian internet modemnya tidak lagi lembab selepas dia modem tersebut di letak dalam alumunium foil.

“Mula-mula isteri bising guna aluminium foil, tetapi (capaian internet) sudah tidak lembab. Menjadi. Ini betul-betul,” katanya.

Pemilik akaun Facebook Fadzli Tarmizi pula mendakwa, kelajuan capaian internet modemnya naik 0.5 megabit sesaat (Mbps) selepas dia melakukan eksperimen itu.

Bagaimanapun, ada juga netizen mendakwa hasil eksperimen mereka tidak berjaya dan mempersoalkan sama ada teori tersebut benar.

Tidak kurang juga netizen membuat lawak berhubung teori itu dengan meletakkan modem internet atau telefon bimbit dalam kuali atau mesin pengisar. K Online

Majoriti tak puas hati dengan kelajuan Internet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker