Semalam, Hari mengingati MCA, MIC mahu keluar BN dan ‘U-turn’

 

Dalam sejarah, 4 Mac. Masihkah anda ingat?

Lebih kurang 2 tahun yang lalu, MCA dan MIC sepakat mempertimbangkan untuk keluar dari Barisan Nasional (BN).

Ketika itu, BN baru sahaja beberapa bulan setelah kalah pilihan raya dan UMNO sedang dilanda krisis dalaman. Dengan makna lain, ketika itu UMNO sedang melemah dan ketika itu jugalah satu demi satu parti komponen BN meninggalkan gabungan tersebut.

Tidak lama selepas itu, UMNO mendapat nafas baharu bergandingan dengan PAS mengangkat naratif perpaduan umat Islam bangkit melawan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang serba tidak kena.

Ketika UMNO kuat semula itu jugalah MCA dan MIC membuat ‘U-Turn’ tidak jadi keluar. Saya pasti kerana kerana kekuatan dokongan rakyat kepada naratif perpaduan ummah itu.

Ketika itu juga, satu per satu pilihan raya kecil (PRK) dimenangi dan tiada siapa apologetik untuk mengangkat mesej perpaduan umat Islam.

Percayalah, jika parti Melayu itu (dan juga PAS) tidak bangkit dan memenangi siri-siri PRK, pasti mereka akan meninggalkannya. Ada yang melabel mereka sebagai ‘lalang’, tetapi apa mereka kisah. Mereka dapat macam-macam dan jauh lebih banyak selepas itu.

Semenjak itu, semakin hari mereka semakin kuat. Ada yang tambah kerusi parlimen, ada yang jadi menteri dan malah ramai juga menerajui GLC. Seruan perpaduan umat semakin lembik, apatah lagi agenda membela agama Islam dan bangsa Melayu seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

4 Mac. Ingatlah tarikh ini setiap tahun.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA

MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker