Kuasa dominan masih kuat jika parti Melayu sepakat dengan ‘Keikhlasan dan Kejujuran’

Kita sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang parah

Kuasa dominan Melayu masih kuat dan boleh dipertahankan sekiranya parti-parti Melayu ‘sanggup’ bersatu dan bersepakat dengan ‘Keikhlasan dan Kejujuran’

Malangnya, kerana tamakkan kuasa dan harta, ditambah dengan sikap ego yang melampau,

Tanpa menyebut pihak yang dimaksudkannya, pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir berkata, kelompok ini pernah sanggup bekerjasama dengan parti-parti rasis demi kemenangan palsu mereka.

“Kekayaan dan kemewahan sudah mereka miliki. Mereka perlu kuasa lagi untuk tambah kekayaan dan suburkan lagi keegoan bila kekal sebagai pemimpin walaupun menjadi keldai kepada parti-parti rasis.

Amaran kepada Bersatu, buktikan keikhlasan dan kejujuran

“Inilah hakikat sebahagian pemimpin parti Melayu yang ada. Walhal, bangsa Melayu sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang parah.

“Tiada jalan yang selamat krisis kepimpinan negara melainkan dinyahkan kumpulan ini dari kepimpinan negara dan diganti dengan barisan kepimpinan baru yang beriman dan bertakwa kepada Allah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa orang Melayu tidak ketandusan barisan kepimpinan cuma mereka tidak berpeluang untuk memimpin kerana pemimpin parti Melayu yang ada masih tamak dengan kuasa.

Inilah harga mahal yang terpaksa dibayar oleh Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker