Individu darah A lebih berisiko dijangkiti COVID-19: Kajian

Lebih mudah cari penawar jika tahu cara virus interaksi dengan kumpulan darah

Wabak COVID-19 lebih cenderung menjangkiti individu mengikut jenis kumpulan darah tertentu, menurut kajian Blood Andvances yang diterbitkan pada Rabu.

Kajian itu mendapati bahawa wabak berkenaan sangat mudah menjangkiti antigen kumpulan darah A yang terdapat pada sel pernafasan.

Bagaimanapun, hasil kajian itu juga memberi petunjuk mengenai kemungkinan  wujud hubungan antara kumpulan darah A dan jangkitan COVID-19.

Lebih ramai menganggur untuk tempoh lebih lama

“Sekiranya kita dapat memahami bagaimana virus berinteraksi dengan kumpulan darah pada individu, mungkin kita dapat mencari penawar atau kaedah pencegahan.

“Pemerhatian kami bukan hanya pada satu-satu mekanisme yang bertindak balas terhadap apa yang dilihat secara klinikal, tetapi menjelaskan beberapa pengaruh jenis darah pada jangkitan COVID-19,” kata kajian itu.

Sehingga kini, wabak COVID-19 telah meragut lebih 2.5 juta nyawa di seluruh dunia dengan 115 juta kes jangkitan.

Berdasarkan rekod itu, Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan 518,000 kematian dan 28.7 juta kes jangkitan, menurut data Universiti Johns Hopkins.-  Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker