Netizen kecam pelajar SPM biadab
Netizen hari ini mengecam tindakan beberapa orang pelajar sekolah yang menconteng uniform sekolah mereka dengan kata-kata kesat yang ditujukan kepada guru mereka.
Perkara tersebut menjadi bualan netizen selepas foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Wan Mahussin Wan Zain memaparkan dua orang pelajar sekolah menengah menaiki motosikal sambil uniform sekolahnya tertera perkataan tidak senonoh menjadi tular.
Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar-pelajar tersebut.
Seorang netizen dikenali sebagai Hani berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan dia menggesa pelajar-pelajar itu segera memohon maaf kepada guru mereka.
“Belum apa-apa dah carutkan guru. Nanti keputusan dah keluar, masa itu baru teringat ada dosa sampai keputusan corot. Bertaubatlah adik-adik, mohon maaf pada guru yang pernah mengajar anda,” katanya.
Seorang lagi netizen dikenali sebagai Pak Ngah berkata, tindakan pelajar-pelajar itu amat memalukan dan wajar dikenakan tindakan.
“Memalukan rakyat Malaysia. Di mana kesopanan dan penghargaan terhadap guru-guru yang berjasa kepada anda?,” katanya.
Pelajar-pelajar tersebut dipercayai merupakan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagaimanapun lokasi di mana gambar itu diambil tidak dinyatakan.
Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 2,000 komen dan 7,000 perkongsian. – K! ONLINE
Dua kali gagal ujian sertai tentera, bapa hiba tengok anak datang pakai uniform tentera
You must be logged in to post a comment.