Dua kali gagal ujian sertai tentera, bapa hiba tengok anak datang pakai uniform tentera

Tidak dinafikan, kegagalan ibarat seperti asas kejayaan dimana peluang bagi kita melangkah semula untuk mengecapi apa yang diimpikan.

Itu dilakukan oleh pemuda ini yang ingin menyertai pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Sekali mencuba, dia gagal. Tidak berputus asa, dia terus mencuba lagi namun masih gagal.

Walaupun dua kali menemui kegagalan, dia tidak mudah mengalah sebaliknya mengambil lagi ujian tersebut buat kali ketiga sebelum berjaya mencapai hasratnya.



Tidak melupakan jasa orang tua, pemuda tersebut berkongsi kejayaan bersama orang terdekat terutama untuk si bapa yang terbaring di hospital, lapor Indo Zone.

@tticoalu

1x gugur, 2x gugur, 3x Puji Tuhan Lulus 🥳 #fyp



Detik pertemuan itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun TikTok tticoalu yang tular di media sosial sehingga mengundang sebak orang ramai.

Rata-rata menyifatkan itu adalah momen paling bernilai malah merupakan penghargaan buat si bapa yang banyak berkorban serta mendidik anak-anak sejak dari kecil.

Sumber : Indo Zone , TikTok , Ohmymedia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker