Helikopter terhempas 11 anggota tentera maut

Keadaan helikopter tentera yang terhempas di Turki, semalam. – FOTO AFP

ISTANBUL: Kementerian Pertahanan Turki mengumumkan 11 tentera negara ini maut apabila helikopter pasukan itu yang dinaiki mereka terhempas akibat cuaca buruk di kawasan tenggara, semalam.

Paparan imej dari lokasi kejadian yang disiarkan televisyen menunjukkan keadaan awan tebal dengan tanah diselaputi salji di kawasan pergunungan itu.

Wakil rakyat daripada parti pemerintah AKP, Tolga Agar yang juga Ahli Jawatankuasa Pertahanan di Parlimen, menciap bahawa antara mangsa terkorban ialah ketua tentera, Leftenan Jeneral Osman Erbas.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengucapkan takziah kepada keluarga termasuk anak lelaki Erbas, Yigitalp, melalui panggilan telefon, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.



Kementerian Pertahanan memaklumkan, helikopter itu terputus hubungan di wilayah Bitlis, kira-kira 30 minit setelah berlepas.

Pada awalnya, kementerian itu memaklumkan sembilan tentera maut, manakala empat lagi cedera dalam insiden terbabit sebelum angka kematian dikemas kini kepada 11 mangsa, malam tadi.

Menurutnya, nahas itu membabitkan sebuah helikopter Cougar tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai model berkenaan. – AFP

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker