Permohonan Program Matrikulasi, PISMP, PPC terus ke KPM

KUALA LUMPUR: Permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara bagi pengambilan 2021, akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh mengemukakan permohonan terus kepada kementerian itu tanpa melalui UPUOnline.

“Pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan di laman sesawang rasmi KPM, www.moe.gov.my pada 8 Mac ini.

“Justeru, KPM mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon Program Matrikulasi, PISMP dan PPC,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker