Wanita ditemui di dalam gaung



Sebaran :

Batu Pahat: Wanita yang hilang selama beberapa hari ditemukan selamat di dalam gaung di Taman Banang Height, dekat sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, mangsa yang berusia 63 tahun dipercayai mengalami masalah hilang ingatan.

Dia ditemui oleh bomba, dalam keadaan lemah, pada 10.17 pagi.



“Bomba sebelum itu melakukan pencarian di sekitar lokasi dan menjumpai wanita itu dalam gaung.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan selamat sebelum pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, wanita itu kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya.



“Operasi tamat pada jam 12.30 tengah hari,” katanya.-HM


Sebaran :


Leave a Reply