Mayat reput dalam longkang depan sekolah

TELUK INTAN: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sebahagiannya telah mereput di dalam longkang di hadapan sebuah sekolah di Jalan Padang Tembak di sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata mayat berkenaan disedari orang awam sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira 5.50 petang.

“Sebahagian tubuh mayat itu iaitu di bahagian kepala telah mereput.

“Pemeriksaan fizikal pada tubuh badan mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal,” katanya.

Beliau berkata, identiti mayat masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

“Mayat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker