Ahli Parlimen PKR Tolak Tawaran Sokong Muhyiddin Perlu Lapor SPRM

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PKR mendakwa cuba dipujuk dua individu termasuk seorang bergelar “Datuk Seri” supaya memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail berkata, beliau dijanjikan manfaat jika bersetuju untuk berpaling tadah daripada PKR.

Beliau bagaimanapun secara tegas menolak untuk memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

“Dalam pertemuan itu, mereka menceritakan bagaimana saya telah melakukan kerja yang baik di Sekijang dan keinginan mereka untuk membantu saya meneruskan usaha sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Saya dengan terang dan jelas menjawab bahawa saya tidak berminat untuk menyokong Muhyiddin dan menolak tawaran mereka. Bagi saya, tiada erti mendapat manfaat apa sekalipun jika saya berpaling tadah dari perjuangan reformasi dan melanggar sumpah yang telah saya lafaz apabila menjadi Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan sambil memaklumkan pertemuan itu berlaku semalam.

Katanya, perkara itu sudah dimaklum kepada pucuk pimpinan PKR.

“Ini kerana saya percaya usaha jahat untuk menawar habuan dan jawatan atau mendesak serta mengugut Ahli Parlimen PKR serta pembangkang amnya terus berjalan,” katanya.

Pada 28 Feb lalu, dua wakil rakyat pembangkang, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon membuat akuan berkanun (SD) menyokong kerajaan PN.

Beri kuasa mendakwa kepada SPRM – Mantan Ketua Hakim Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker