Dapat Tempat DI MIQ: Timbalan Menteri Wilayah Dipersoal Oleh Ahli Parlimen New Zealand

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen New Zealand menggesa kerajaannya menjelaskan bagaimana Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara mendapat tempat dalam sistem pengasingan dan kuarantin (MIQ) sangat terhad di negara itu dan sama ada beliau diberikan layanan istimewa.

Portal berita Stuff di New Zealand melaporkan pihak berkuasa tidak menjelaskan status imigresen Santhara atau cara beliau mendapat tempat dalam sistem MIQ, tetapi menyebut dasar privasi melarang mereka mendedahkan butiran permohonan individu.

Bagaimanapun, Chris Bishop, jurucakap respons Covid-19 Parti Nasional, berkata ia bukan alasan sesuai dan tidak konsisten dengan cara kerajaan menangani kes terdahulu.



“Saya memahami hujah privasi, tetapi kerajaan cukup bersedia menjelaskan cara salah seorang Ahli Parlimennya, Ricardo Menéndez March, boleh pulang ke New Zealand.

“Privasi nampaknya tidak begitu penting dalam kes itu dan ia juga tidak patut dalam kes ini.”

Katanya, ramai warga New Zealand cuba pulang semula ke tanah air ketika pandemik, termasuk ada yang ahli keluarganya sakit atau sakit tenat, serta wajar mendapat jawapan.

“Persoalan sebenar ialah bagaimana beliau (Santhara) mendapat tempat dalam MIQ. Tempatnya sangat terhad dan rakyat ingin tahu jika ada layanan istimewa diberikan kepadanya dan sekarang kerajaan perlu menjelaskannya.”



Tidak jelas sama ada Santhara menggunakan pasport peribadi atau diplomatik, kerana diplomat dikecualikan membayar caj MIQ.

Pihak berkuasa tidak dapat menjawab soalan berhubung giliran menunggu MIQ pada akhir Oktober atau awal November, ketika Santhara memulakan proses permohonannya, dan Pejabat Perdana Menteri serta menteri respons Covid-19 enggan menjawab soalan.

Ahli Parlimen Segamat daripada PPBM itu dikritik selepas beliau didedahkan mendapat kelulusan bercuti selama 55 hari untuk ke New Zealand bersama keluarganya dan isterinya yang sakit.

Dalam maklum balas di media Sosial, beliau berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meluluskan permohonan cutinya dan menafikan beliau meninggalkan negara ketika tempoh perintah kawalan pergerakan.



Katanya, beliau berlepas pada 23 Dis dan dikuarantin sehingga 9 Jan.

Timbalan Menteri Wilayah ulang alik ke New Zealand, undang kemarahan rakyat – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker