Zarina Anjoulie Akui Dah Merujuk Semula Dengan Bekas Suami
Selepas gambar menerima jambangan bunga pagi tadi tular, selebriti yang terkenal dengan kisah sensasi, Zarina Anjoulie mengakui bahawa dirinya dan bekas suami sudah pun rujuk semula.
Hal ini dimaklumkan sendiri Anju di ruangan Intagramnya selepas beberapa jam memuat naik gambar menerima bunga dan menulis kapsyen memberi bayangan sedang berada dalam keadaan bahagia.
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie, 34, mengakui sudah rujuk semula dengan bekas suami, Eilyas Azhar.
Zarina, menerusi hantaran di Instagram meminta agar wanita-wanita berhenti menghantar mesej kepada suaminya.
Dalam pada itu, menerusi Instagram Story pula Zarina turut memuat naik video memaparkan Yas sedang bersamanya membantu menghantar kereta di sebuah bengkel.
[VIDEO] Alhamdulillah.. Aku Dah Cerai Best Day Of My Life – Zarina Anjoulie
Terdahulu Zarina mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia dan Eilyas yang dikahwini pada 17 Julai tahun lalu sudah bercerai.
Urusan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 10 Februari lalu berjalan lancar.
Sebelum itu, Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra
Sumber: Zarina Anjoulie