Parah terjatuh 30 meter dalam perut kapal

Melaka: Seorang lelaki parah selepas terjatuh ke dalam perut kapal sedalam kira-kira 30 meter di Tanjung Beruas, di sini, tengah hari semalam

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Mohamed Azuani Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.50 tengah hari dan mendapati mangsa terjatuh ke dalam perut kapal ketika kerja menurunkan kontena dilakukan.

Beliau berkata, tujuh anggota bomba segera mengeluarkan mangsa yang cedera di kepala dan patah kaki dari perut kapal itu.

“Tiga anggota ditugaskan untuk turun ke dalam perut kapal dengan menggunakan tangga curam kapal berkenaan untuk menyelamatkan mangsa berusia 35 tahun itu.

“Kami menggunakan ‘bucket stretcher’ dan ‘webbing’ untuk menaikkan mangsa dengan bantuan kren.

“Sebaik diselamatkan, mangsa diserahkan kepada petugas kesihatan yang sudah sedia menunggu,” katanya.-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker