Lain Order Lain Yang Dapat..Beli iPhone 12 Pro Max Secara Online, Hanya Terima Sekotak Jus Epal

Ketika ini, ramai yang memilih untuk membeli barangan secara dalam talian kerana mudah dan cepat. Terbaharu, seorang wanita di wilayah Anhui, China telah berkongsi nasib malangnya dalam media sosial Weibo apabila ‘tertipu’ membeli telefon pintar iPhone 12 Pro Max secara online.

Menurut wanita bernama Liu itu, beliau telah membayar sebanyak 10,099 yuan (RM6,100) untuk membeli iPhone 12 Pro Max. Malangnya, bukan telefon pintar yang beliau dapat tetapi hanyalah menerima sekotak jus epal.

1

SUMBER: GLOBAL TIMES

Menurut laporan, beliau melaksanakan transaksi tersebut pada 16 Februari dalam sebuah laman web yang amat menyerupai laman web rasmi Apple. Bungkusan tersebut turut tidak dihantar terus kepadan Liu, sebaliknya penghantar sekadar meletakkan bungkusan dalam almari kotak pos untuk penduduk tempatan.

Difahamkan, pihak polis tempatan dan syarikat penghantaran yang bertanggungjawab dengan pembelian Liu telah melancarkan penyiasatan terhadap penipuan itu. Pihak Apple juga menyatakan mereka telah melantik beberapa orang untuk menyiasat insiden tersebut.-TheVocket

Sumber: Global Times

Lelaki Beli Khemah Masa Sale 11.11, Sekali Sampai Cuma Muat KepaIa Je…🤣🤣🤣🤣

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker