Apa itu prorog Parlimen?


Kehangatan senario politik negara ketika ini menyaksikan semua mata tertumpu kepada proses penubuhan kerajaan serta pelantikan perdana menteri yang baharu.

Dalam proses itu, beberapa istilah termasuk ‘prorog Parlimen’ yang agak asing turut menjadi perhatian dan berikut merupakan beberapa penjelasan mengenai prorog Parlimen oleh pakar perlembagaan negara, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Apa maksud prorog Parlimen?
Prorog Parlimen bermaksud pemberhentian atau penggantungan persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Bilakah prorog Parlimen boleh berlaku?



Apabila berlaku sesuatu konflik semasa sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Apakah perbezaan antara prorog Parlimen dengan penangguhan atau pembubaran Parlimen?

Pemprorogan Parlimen ialah memberhentikan persidangan Dewan Rakyat tanpa membubarkan Parlimen.

Apakah berlaku kepada kerajaan sepanjang tempoh pemprorogan Parlimen?
Segala urusan kerajaan berjalan seperti biasa.



Siapakah yang boleh memutuskan untuk pemprorogan Parlimen?

Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan baginda untuk memprorog atau membubarkan Parlimen.

Sekiranya berlaku pemprorogan Parlimen, bagaimana dengan rang undang-undang dan usul-usul di Parlimen?

Rang undang-undang dan usul-usul yang belum diputuskan akan dibawa ke sesi akan datang.



Bagaimana pemprorogan Parlimen relevan dengan isu politik semasa?

Sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen akan dihentikan apabila berlaku konflik dalam negara.

Berapa lama tempoh pemprorogan Parlimen?
Dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan terdahulu. SM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker