Menyelerakan! Elyana Kini Jalankan Perniagaan Berasaskan Sambal Masakan

Meskipun rata-rata peminat sedia maklum bahawa penyanyi Elyana merupakan seorang pesakit kanser yang kini telah berada di tahap empat, namun keazaman dan ketabahan nya untuk melawan penyakit tersebut begitu dikagumi.

Elyana Jalankan Perniagaan Sambal

https://www.instagram.com/p/CLodOn9lYBq/

Malah Elyana juga aktif berkongsi perkembangan dirinya buat tatapan peminat bagi membuktikan bahawa kanser bukanlah penghalang dan mampu melawannya. Terbaru, pelantun Tak Tercapai Akalmu ini memaklumkan bahawa dia sedang menjalankan perniagaan berasakan sambal masakan.

Menariknya, menu yang dikenali sebagai Sambal Naik Lemak-Elyana Homemade itu merupakan air tangan Elyana sendiri dan dikhabarkan telah habis dijual pada jualan pertama nya. Memandangkan sambutan yang diterima cukup menggalakkan, difahamkan Elyana telah menambah jumlah tempahan yang dibuat menerusi ejen yang dilantiknya apatah lagi turut menerima maklumbalas yang positif dari pelanggan.

Sekadar info, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 9, dan turut mempunyai seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia 2 tahun.-Murai

[VIDEO] “Sakit ‘Struggle’ Sangat!”- Elyana Sebak Kerana Orang Salah Anggap

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker