Bob Mah Sing sudah ditahan

Penjenayah yang terbabit dalam kejadian dua rempuhan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, di sini, semalam sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.

“Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing yang diburu pihak polis semalam selepas melarikan diri ditahan pada 11.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu akan direman hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958,”katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 45 saat menunjukkan anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhentikan kereta.

Kenderaan bernombor pendaftaran MAS 175 itu dilihat melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Polis kemudian berjaya menahan seorang daripada suspek yang berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman hasil maklumat orang awam dan sedang memburu Bob Mah-HM

[VIDEO] Drama Ganas Dua Penjenayah Di Sungai Buloh.. Pemandu Cuba Rempuh Kenderaan Elak Ditahan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker