Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson mati lemas

LIVERPOOL: Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dilapor meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah tasik berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno di selatan Brazil, pada Rabu.

Daily Mail yang memetik jurucakap polis Lavras do Sul, Doroteo Machado Filh sebagai berkata ketika kejadian, mangsa Jose Becker, 57, dikatakan sedang berenang di empangan berhampiran kediamannya itu sebelum disedari hilang kira-kira pukul 5 petang.

Setakat ini, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah mengaitkan insiden terbabit.

Ekoran kejadian itu, bomba dari Cacapava do Sul digerakkan untuk misi mencari dan menyelamat mangsa.

Mayat mangsa ditemukan pada jam 11.59 malam.

Becker yang merupakan ejen hartanah dilaporkan tinggal bersama isterinya Magali di kediaman tersebut.

Alisson menyertai Liverpool pada tahun 2018 dan pernah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Lelaki Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 2019.

Selain Allisson, adiknya Muriel juga merupakan penjaga gol untuk pasukan Brazil, Fluminense.

[VIDEO] Ledakan Cemburu Punya Pasal

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker