Lisa Surihani sah hamil anak ketiga



Sebaran :

Pengarah Datuk Yusry Abdul Halim akhirnya berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga selepas foto isterinya yang menampakkan baby bump mencuri perhatian peminat.

Enggan berselindung lagi, Yusry menerusi hantaran dalam Instagram sebentar tadi mengesahkan Datin Lisa Surihani sedang hamil namun tidak mendedahkan lanjut usia kandungan bayi.

Yusry mengesahkan berita gembira itu dalam satu hantaran Instagram sebentar tadi.

“Selepas muat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa teka-teki sama ada Lisa sedang hamil. Hari ini juga ada beberapa wartawan yang turut meminta pengesahan.



“Tanpa niat ingin bersembunyi, kami fikir kali ini tak perlu buat pengumuman, lambat laun orang akan tahu juga,” katanya dalam entri tersebut.

Pengarah filem CicakMan itu, dia turut memanjatkan rasa syukur dengan anugerah daripada Ilahi dan pada masa sama mendoakan mereka yang belum dikurniakan zuriat segera diberikan rezeki.

“Anugerah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah SWT dan sudah dikongsikan dalam kalangan keluarga serta rakan rapat.



“Terdetik dalam hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Hal ini bukan sesuatu yang senang dilalui dan kami berharap moga doa mereka dimakbulkan.

“Tambahan pula, dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititik-beratkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan untuk kami,” katanya lagi.

Untuk rekod, Lisa dan Yusry yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne, 4. – K! ONLINE




Sebaran :


Leave a Reply