Lebih 24 jam padam kebakaran kebun sawit — MYKMU.NET

Lebih 24 jam padam kebakaran kebun sawit



Sebaran :

SUNGAI PETANI: Bomba terpaksa mengambil masa lebih 24 jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran di kebun kelapa sawit seluas hampir empat hektar berhampiran Saujana Permai, dekat Sungai Petani, sejak malam Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, operasi masih diteruskan sehingga malam Rabu bagi memastikan bara api yang berada di dalam tanah dipadam sepenuhnya.

Katanya, faktor angin kuat dan cuaca kering menyebabkan api mudah merebak dengan cepat selain banyak daun kering di kawasan itu.



Kebakaran itu dipercayai bermula kira-kira jam 9.40 malam Selasa.

“Kebakaran ini telah merebak pada jam lebih kurang 12 tengah malam (Selasa) disebabkan angin yang kuat dan cuaca yang agak kering, sehinga melibatkan 10 ekar kawasan yang terbakar.

“Saya telah mengarahkan angota kita untuk membuat fire break dan juga buat pemadamam terus dan pada pagi ini kita masih lagi sambung… masih lagi ada bara api dan asap masih kelihatan,” katanya di sini, pada Rabu.

Operasi melibatkan dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya dan BBP Sungai Petani bermula jam 9.41 malam tadi.



Mohamadul Ehsan berkata, seramai 29 anggota dan tujuh pegawai serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terlibat dalam kerja pemadaman.


Sebaran :


Leave a Reply