BILA MUKA AMYRA ROSLI TERKENA MINYAK PANAS: “AMAR SAYANG LAGI TAK…?”

“Kecantikan tidak mungkin kekal selamanya. Lihatlah diriku melecur terkena minyak panas tapi saya baik-baik sahaja. Tidak perlu risau ya dan terima kasih kepada yang cadangkan macam-manam jenis ubat untuk disapu,” itulah kata-kata pelakon Amyra Rosli.

Baru-baru ini, ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsikan foto wajahnya yang melecur akibat terkena percikan minyak panas di Insta Story miliknya.

Menerusi foto yang dikongsikan, dapat dilihat dengan jelas beberapa kesan tompokan akibat minyak panas di wajah Amyra. Namun Amyra tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana ianya berlaku.

Image_2.jpg

Amyra turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mencadangkan jenis ubat untuk disapu dan mengatakan tidak perlu risau dengan keadaannya.

Dalam pada itu, Amyra sempat berseloroh bertanyakan sama ada suaminya, pelakon Amar Baharin akan tetap menyayanginya meskipun wajahnya melecur: “Amar sayang lagi tak kalau wajah macam ini?” soalnya.

Apa pun, diharap Amyra cepat sembuh dan pastikan sapu ubat untuk hilangkan parut di wajah.

SAMBUT BIRTHDAY ANAK – AMYRA ROSLI NAFI MEMBAZIR, HANYA KEK DISPLAY

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker