Hampir 10,000 undi logo baru Perak FC

Ipoh: Logo baharu Perak FC akhirnya dimuktamadkan dengan mendapat reaksi cukup positif daripada kalangan penyokong Skuad The Bos Gaurus itu.

Ahli lembaga pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, logo baharu itu dipilih dalam pertandingan mencipta logo yang diadakan baru-baru ini dan sudah dipersembahkan dan mendapat perkenan nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Logo yang menang itu meraih hampir 10,000 undi atau 28.4 peratus daripada 35,000 pengundi yang dijalankan secara atas talian yang memilih logo ciptaan anak jati Perak yang dibesarkan di Kuala Kangsar, Hafiz Ismail.

“Kita menerima 1,500 penyertaan pada pertandingan ini dan ia ditapis oleh panel khas yang dilantik termasuk pensyarah dari UiTM,” katanya pada sidang media di Pejabat Urusan Perak FC di Menara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Rizal Ali Naizali.

Khairul Shahril berkata, daripada jumlah berkenaan, sepuluh logo utama disenaraikan untuk undian akhir secara atas talian dan sebanyak 35,000 yang membuat undian.

Beliau berkata, pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan barangan rasmi Perak FC manakala sembilan logo lain yang terpilih ke undian akhir akan menerima hadiah sagu hati.

Menurut beliau, logo yang dipilih pemenang telah dikenal pasti mempunyai keaslian dan unik serta dan menepati ciri reka bentuk masa kini.

Katanya, panel pemilih cuma mengenal pasti 10 logo terbaik dan pemenangnya ditentukan oleh penyokong sendiri.

“Kami tidak mengubah ubah logo berkenaan, usaha menentukan pemenang dan memilih dijayakan oleh penyokong,” katanya.

Pada 30 Januari lalu, Perak FC memperkenalkan logo baharu itu menerusi Instagram ‘peraktbgmy’ dengan mengetengahkan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’.

Logo itu menunjukkan imej seekor seladang putih di atas lapisan hitam dengan bingkai berwarna kuning dan ramai mempertikaikan rekaan itu yang dianggap tidak kreatif.

[VIDEO] Isu logo Perak FC dapat perhatian Sultan Nazrin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker