Pelajar ditahan edar ganja

SEPANG: Tindakan seorang pelajar kolej swasta melakukan aktiviti pengedaran ganja sejak setahun lalu terbongkar apabila ditahan polis di parkir luar Mutiara Vill Persiaran Bistro Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek ditahan polis Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada pukul 3.15 pagi.

Beliau berkata, ketika penahanan ke atas suspek, polis menemukan sepeket plastik lutsinar mengandungi cebisan daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 45 gram.



Ganja Kini Diiktiraf Sebagai Ubat, Menurut United Nations

Katanya, siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku terlibat dengan penjualan dadah jenis ganja sejak sebulan lalu dan menghisap ganja kira-kira dua tahun lalu.

“Suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Cyberjaya juga mengaku memperoleh dadah daripada seorang lelaki di kawasan Bangi.



“Nilai rampasan ke atas suspek sebanyak RM450 dan suspek tidak mempunyai kesalahan lampau,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Hisap shisha ialah gaya hidup saya – Ramona Zam Zam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker