Jepun arah gantung operasi pesawat Boeing 777

WASHINGTON – Jepun mengarahkan semua penerbangan Boeing 777 yang dilengkapi enjin sama dengan pesawat yang mengalami masalah di Denver dihentikan operasinya.

Arahan itu dibuat selepas Pengawal Selia Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) memerintahkan pemeriksaan kecemasan pada model bilah kipas pesawat berkenaan.

Kementerian pengangkutan Jepun pada hari Ahad memerintahkan ANA Holdings Inc dan Japan Airlines Co untuk menggantung operasi pesawat Boeing 777 yang digunakan.

ANA mempunyai 19 pesawat berkenaan manakala JAL memiliki 13 pesawat berkenaan.

United Airlines, syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam insiden pada hari Sabtu lalu akan menghentikan operasi 24 pesawatnya selepas mendapat arahan FAA.

FAA mengesahkan United Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan AS yang menggunakan pesawat itu.

Syarikat penerbangan lain yang memiliki pesawat berkenaan ialah Jepun dan Korea Selatan.

FAA memerintahkan pemeriksaan dijalankan selepas mendapati bilah kipas pesawat itu  gagal berfungsi, kata agensi itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.

Pemeriksaan tersebut dilakukan pada pesawat Boeing 777 yang dilengkapi dengan enjin PW4000 yang dibuat oleh Pratt & Whitney milik Raytheon Technologies Corp.

Pentadbir FAA, Steven Dickson berkata, pemeriksaan agresif itu “mungkin bermaksud bahawa beberapa pesawat akan dikeluarkan dari perkhidmatan.”

Sebuah Japan Airlines 777-200 dengan enjin Pratt & Whitney mengalami kegagalan serupa pada 4 Disember lalu.

Pesawat itu sama dengan pesawat United Airlines yang berusia 26 tahun yang terlibat dalam kejadian Sabtu.

”Setelah berunding dengan pasukan keselamatan keselamatan penerbangan mengenai kemalangan enjin kelmarin, saya telah mengarahkan mereka untuk mengeluarkan Arahan Kelayakan Darurat yang memerlukan pemeriksaan segera atau peningkatan pesawat Boeing 777 yang dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney PW4000, “kata Dickson dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian di Denver, pesawat Boeing 777 berkenaan berdepan masalah kegagalan enjin dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Semasa kejadian, pesawat United Airlines Boeing 777 sedang menuju ke Hawaii, dilaporkan mengalami kerosakan pada enjin sebelah kanan sejurus berlepas dari Denver.

Enjin pesawat itu meletup dan terbakar pada ketinggian 15,000 kaki menyebabkan serpihan enjin jatuh di beberapa kawasan kejiranan di Colorado.

Semasa kejadian, penerbangan UA328 membawa 231 penumpang dan 10 anak kapal.

Beberapa serpihan pesawat menimpa kediaman penduduk tetapi tiada kemalangan nyawa dilaporkan berlaku.

Susulan kejadian tersebut, Boeing 777-200, yang dijadualkan terbang ke Honolulu di Hawaii terpaksa kembali ke Denver dan mendarat dengan selamat pada jam 1.30 petang (waktu tempatan), kira-kira 30 minit selepas berlepas. – MG

Boeing Pantau Nahas Sriwijaya Air Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker