[VIDEO] Bekas Vokalis Samsons Dakwa Hidap 2 Jenis Kanser Kerana Terlebih Bersenam

Bekas vokalis band terkenal Indonesia, Samsons, Bams baru baru ini telah membuat satu pengakuan berkenaan kesihatan dirinya.

Difahamkan, vokalis lagu Kenangan Terindah itu memberitahu dirinya sempat di diagnosis penyakit kanser.

Penyanyi ini bukan mengidap satu tapi dua jenis kanser

Apa yang mengejutkan ramai bukan satu jenis kanser sahaja, malah penyanyi ini di diagnosis dengan dua jenis kanser.

Malah kanser-kanser yang telah menyerang penyanyi Indonesia ini diklasifikasikan sebagai kanser yang sangat jarang menyerang manusia.

Di Diagnos kanser otot dan kulit

Menurut lelaki yang kini berusia 37 tahun itu, dia di diagnosis kanser otot dan kulit sekitar tahun 2020.

“Saya disahkan kena kanser pada tahun 2020 dan saat itu pandemik COVID 19 sudah melanda dunia.”

Perniagaan saya turut tutup kerana pandemik Covid 19

“Bayangkan, saat negara dilanda pandemik, saya kena dua jenis kanser yang menurut doktor sangat jarang menyerang manusia dan perlu menjalani pembedahan.”

“Mental saya down. Sebab sehari dimasukkan ke hospital, saya dapat khabar perniagaan yang dijalankan kena tutup kerana tidak mampu bertahan dalam suasana pandemik Covid 19,” ujar Bam sewaktu menjadi tetamu Daniel Mananta di akaun YouTubenya, Khamis lalu, seperti dipetik dari Suara.com.

Diserang kanser kerana memaksa diri bersenam

Berkongsi lanjut, Bam memberitahu salah satu alasan dirinya diserang kanser adalah kerana menjalani rutin hidup sihat termasuk terlalu memaksa diri bersenam.

“Saya diserang kanser kerana terlalu over bersenam. Iya, saya memang terlalu push diri bersenam.”

Saya amalkan diet yang salah

“Dulu berat badan saya pernah mencapai 100 kilogram. Pernah obes. Selain mengamalkan diet yang salah, saya push diri bersenam. Dan itu menyebabkan saya diserang kanser,” kata Bams.

Penyanyi ini turut mengaku sewaktu mendapat tahu dirinya diserang kanser, hanya isterinya, Mikhavita Wijaya dan orang terdekat diberitahu. Bams merahsiakan penyakitnya daripada keluarga.

Di diagnosis kanser dan perniagaan tutup sekaligus

“Saya seorang yang tertutup dan jarang berkongsi masalah dengan keluarga. Jadi sewaktu di diagnosis kanser dan perniagaan ditutup sekaligus membuat mental saya down, semuanya saya rahsiakan daripada ibu dan bapa.

Namun kata Bams, saat ini kesihatannya jauh lebih baik dan keluarga banyak memberi semangat.

Saya okay sekarang selepas jalani beberapa siri perubatan

“Jangan bimbang, saya okay sekarang selepas menjalani beberapa siri perubatan,” kata Bams.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut menitipkan doakan agar penyanyi ini kembali sihat dan kembali menghiburkan peminatnya.-YOY

Sumber: Suara.com & Yotube Daniel Mananta Network

LIHAT VIDEO DIBAWAHNYA:-

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=4s01ZPmLlb0[/embedyt]

[VIDEO] Asyik Menari Dengan Lagu ‘Bang Jago’, Wanita Ini Tak Sengaja Rakam Rampasan Kuasa Di Myanmar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker