Penjual rokok, warga asing dan penagih dadah diberkas di Inanam

 

KOTA KINABALU: Seramai 11 individu termasuk penjual rokok haram diberkas dalam satu operasi bersepadu di pekan Inanam, dekat sini, yang diketuai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, dalam operasi pada jam 3 petang itu juga, seorang lelaki ditahan kerana memiliki 125 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM3,000 berdasarkan harga pasaran semasa.



“Semua yang ditahan membabitkan individu berusia 20 hingga 40-an, yang dikesan terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan jenayah,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan, hari ini.

Habibi berkata, selain penjual rokok, seorang lelaki warga asing turut ditahan kerana mengemukakan kad pengenalan milik orang lain ketika diperiksa polis.

Katanya, empat lagi yang ditahan turut didapati memiliki dadah jenis syabu manakala dua didapati positif dadah.

Barang Sampai Tak Sama Macam Order? Ikuti 8 Tips Membeli-Belah Secara Online



“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan ini bebas daripada kegiatan yang boleh mengundang jenayah.

“Operasi yang dijalankan juga adalah hasil maklumat orang awam dan polis amat mengalu-alukan masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya.

Operasi bersepadu yang diketuai PDRM itu dijalankan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membabitkan kekuatan 100 petugas.



Sebelum ini, FMT pernah melaporkan kawasan pekan Inanam antara lubuk bagi penjual rokok haram malah ada dalam kalangannya adalah kanak-kanak.

Masalah penjual rokok di kawasan itu sebenarnya telah berlaku selama puluhan tahun dan walaupun operasi penguatkuasaan kerap dilakukan, kegiatan itu masih berterusan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker