Kesungguhan Zahril pikat hati Syanie

KUALA LUMPUR: Genap setahun perkenalan, pelakon dan pelawak, Syanie Hisham, 47, bernikah dengan jejaka pilihan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, pagi tadi.

Majlis ringkas dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu berlangsung kira-kira jam 9 pagi.

Syanie yang ahli perniagaan memberitahu, majlis akad nikah disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang pengantin lelaki.

“Tiada wang hantaran disediakan. Sebaliknya, mas kahwin dalam bentuk gelang emas.

“Syanie hanya menyarungkan cincin ke jari manis suami sebagai tanda termeterai ikatan.

 

Kesungguhan dan kejujuran Zahiril menyentuh hati Syanie untuk menerima lamarannya. Foto Ihsan TheLane.my
Kesungguhan dan kejujuran Zahiril menyentuh hati Syanie untuk menerima lamarannya. Foto Ihsan TheLane.my

 

“Alhamdulillah, majlis berlangsung sempurna seadanya,” katanya kepada BH Online.

Syanie berkata, dia dan suami yang juga perunding kewangan, berhasrat menganjurkan majlis resepsi, Ahad ini, namun terpaksa ditunda.

“Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami terpaksa menunda majlis resepsi. Mungkin bulan hadapan kami anjurkan,” katanya.

Akui Syanie yang pernah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga, bukan mudah untuk hatinya terbuka menerima lamaran lelaki.

“Namun, kejujuran dan keikhlasan Zahril membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini.

“Jika diikutkan, Zahril mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir, belum masanya mencari pengganti.

Kenapa solat dalam keadaan malas?

“Pengajaran lalu mematangkan saya. Namun, sejak setahun lalu, dia bersungguh-sungguh mahu ‘memancing’ saya,” katanya.

Syanie berkata, Jun tahun lalu, Zahril menyuarakan isi hati kepada ibu yang juga penerbit filem, Ruhanie Abd Rahman, untuk memperisterikannya.

“Sikap budiman Zahril menjadi antara sebab hati saya tersentuh. Dia lelaki pertama berani beritahu ibu dia mahu berkahwin dengan saya,” katanya.

Syanie yang hidup solo lima tahun mengaku Zahril berstatus duda namun tidak memiliki anak.

“Mungkin masing-masing tahu kehidupan lampau, jadi kami mudah serasi atau ‘klik’,” katanya.

Syanie yang pernah menyertai musim kedua program realiti, MasterChef Selebriti, mendirikan rumah tangga pada 1996 dan bercerai pada 2002.

Ini disusuli perkahwinan kedua pada 2014, namun berpisah, dua tahun kemudian.

Nikah tepi van jenazah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker