Dipersoal Tampil Berhijab Ketika Nikah – Ini Jawab Alicia Amin

Model dan pelakon Alicia Amin kini sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya seorang doktor iaitu Farzan, selepas selamat bergelar isteri pada 14 Februari lalu.

Sebelum ini, Alicia sering menerima kecaman dan kritikan namun dia terkenal dengan sikapnya yang tidak kisah dengan tanggapan ramai dan mempunyai pandangan hidup sendiri.

Terkini Alicia dilihat kembali menjadi perhatian netizen apabila mengenakan penutup kepala ataupun hijab ringkas semasa majlis pernikahannya.

Klik untuk gambar besar

Jarang tampil sedemikian, Alicia telah disapa dengan satu komen yang seperti memerlinya kerana hanya memakai hijab sebagai fesyen sahaja.

Pun begitu, Alicia tidak melatah dan menjelaskan dengan mudah mengenai sebab dia mengenakan penutup kepala tersebut semasa majlis penyatuan hatinya bersama Farzan.

“Saya bernikah di dalam masjid, jadi anda perlu menutup rambut sebagai tanda hormat. Harap ini dapat memberi penjelasan kepada sesiapa yang tidak faham kenapa saya menutup rambut. Saya tak bermaksud supaya ianya menjadi hijab,” ujarnya.

Malah wanita berusia 26 tahun itu turut menjawab persoalan tersebut di laman Instagram miliknya dan meminta sesiapa yang mengkritik seorang model seksi yang tiba-tiba memakai hijab supaya bertemu jodoh yang baik.

“Tak kan lah saya nikah masjid nak pakai seksi. Semoga semua yang kutuk saya, dapat jumpa jodoh/ isteri suami yang sayang walaupun perangai bitter tak boleh tengok orang lain gembira. Salam,” katanya.

Sarah Hildebrand Kecewa Netizen Bandingkan Dirinya Dengan Neelofa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker