Bateriku.com terima pesanan makanan ‘prank’ bernilai hampir RM500

Susulan tular pekerja kontrak syarikat Bateriku.com., syarikat itu menerima ‘prank’ pesanan makanan yang dihantar ke alamatnya.

Dalam satu kenyataan, Bateriku.com berkata, penghantaran makanan itu dilakukan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyusahkan 15 penghantar makanan Foodpanda kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

PENGHANTAR makanan Foodpanda bergambar bersama pesanan ‘prank’ yang diterima mereka untuk dihantar ke Bateriku.com.

“Kesemua penghantar makanan menyatakan bahawa mereka menerima pesanan ‘prank’ yang beralamat di pejabat kami dimana mereka menunjukan bukti pesanan makanan di aplikasi mereka.

“Kesemua jenis pambayaran untuk pesanan makananan yang ditempah adalah secara tunai berjumlah hampir RM500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pihak Bateriku.com telah memaklumkan kepada Foodpanda untuk menghentikan sebarang penghantaran makanan kepada alamat syarikat tersebut.

Bagaimanapun, niat pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak tercapai apabila Foodpanda tidak mengenakan sebarang caj pembayaran.

“Apa lagi rezeki jangan ditolak, kebetulan waktu makan tengah hari.

“Kesudahannya, makanan yang dipesan oleh ‘prankster’ tadi, sama-sama dikendurikan oleh ‘rider’ Foodpanda dan Hero Bateriku,” tambahnya.

Kosmo! semalam melaporkan, tindakan seorang lelaki yang menuduh penghantar makanan mencuri air yang dipesannya melalui aplikasi GrabFood akhirnya membawa padah apabila dia digantung kerja serta-merta oleh majikannya yang juga syarikat Bateriku.com. -K! ONLINE

Tuduh ‘rider’ curi pesanan, lelaki digantung kerja serta-merta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker