14 lelaki diberkas ketika leka judi sabung ayam

IPOH:Seramai 14 lelaki yang sedang leka berjudi sabung ayam diberkas dalam serbuan di sebuah kebun berpagar di Taman Impian Adril, Menglembu, dekat sini, pada Selasa.

 

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis turut merampas wang tunai lebih RM25,000 di samping lima ekor ayam sabung.

Menurutnya, ketika serbuan kira-kira jam 11.45 pagi yang dilakukan pasukan risik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, kesemua suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas.



“Berdasarkan siasatan awal, perjudian sabung ayam ini telah berlangsung sebanyak lima kali.

“Ayam akan bersabung sebanyak 20 minit sekali pusingan dan masing-masing akan letakkan pertaruhan dengan had pertaruhan RM500 ke RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto PDRM

Foto PDRM

A Asmadi berkata, kesemua lelaki itu turut dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakam (PKP).



Polis akan membuat permohonan reman untuk melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952.-Awani

25 diberkas terlibat judi komputer



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker