25 diberkas terlibat judi komputer

Polis menyerbu sebuah premis yang menjalankan judi komputer atas nama pusat hiburan keluarga di Seri Kembangan dalam Ops Khas Perjudian semalam.

Ketika serbuan itu, dua penjaga kaunter, masing-masing seorang warga Bangladesh dan Indonesia serta seorang lelaki tempatan ditahan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, sebanyak 14 mesin lagi yang menjalankan operasi judi komputer dirampas bersama wang tunai sebanyak RM773.

Semasa serbuan terdapat 23 orang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 16 hingga 63 tahun,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, modus operandi premis berkenaan adalah dengan menukar duit kepada token dan kemudian pemain akan bermain sehingga ada keuntungan.

“Pemain akan diberi kad tebus nilai sekiranya mahu ambil keuntungan. Pemain akan terima kad dan akan terima wang di dalam tandas,” tambah beliau.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap mesin judi dan hukuman penjara maksimum lima tahun. MG

Judi online: Belajar dari pakcik sejak usia 14 tahun, tak pernah ditangkap polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker