[VIDEO] Pemilik Jeruk Asam Boi Mangga Buat Laporan Polis..Warga Rohingya Jual Air KeIapa Guna Jenama Pemilik Lain
Pemilik Mangga Asam Boi Honeyy tampil membuat laporan polis semalam susulan penularan isu penjualan air kelapa oleh warga Rohingya yang menggunakan jenama produk itu.
Menerusi status Facebook dimuat naik pemilik produk jeruk itu, pihaknya menafikan sekerasnya terlibat dengan penjualan air kelapa oleh warga asing berkenaan.
“Untuk makluman saya hanya menjual mangga asam boi di Seri Kembangan, Selangor saja, diharap kenyataan ini dapat menjernihkan nama baik perniagaan serta meredakan perasaan orang awam di Dungun dan Seri Kembangan.
“Saya amat berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan memaklumkan saya tentang isu ini,” katanya.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi 3 minit 30 saat menunjukkan dua orang warga Rohingya menyediakan jualan air kelapa di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.
LIHAT VIDEO DIBAWAH:-
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=N6suxVZEjiU[/embedyt]
Video dipercayai dirakam di sekitar persimpangan jalan 16 Sierra, Puchong itu turut menunjukkan penyediaan air kelapa yang kotor serta diragui tahap kebersihan.
Kedua-dua individu itu turut menggunakan logo jualan pemilik Honey Asam Boi dengan menyertakan nombor telefon hingga mencetuskan kekeliruan pembeli. -K! ONLINE
You must be logged in to post a comment.