Lelaki 71 tahun beritahu “mahu jalan” sebelum ditemui rentung dalam bangsal

IPOH: Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah bangsal di satu kawasan berlalang di Ampang berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Muhamad Shahrizal Aris berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran mengorbankan lelaki berusia 71 tahun itu pada 5.47 petang.

“Kami segera mengarahkan seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja memadamkan kebakaran sebaik menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati bangsal seluas 10×20 kaki (3.05m X 6.1m) itu terbakar 90% manakala mangsa yang rentung ditemukan bawah timbunan zink yang terbakar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.



Beliau berkata, api dapat dikawal dalam masa lima minit dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasukan forensik masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh A Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa dikenali Lye Yoon Pheng, dan tempat kejadian merupakan kebun limau miliknya di tepi Sungai Pinji, Tambun.

Dalam pesanan ringkas menerusi WhatsApp kepada media, beliau memberitahu soal siasat ke atas anak Lye mendapati warga emas itu ada membuat panggilan telefon kepada saudaranya dan memberitahu dia penat dan “mahu jalan”.



Asmadi berkata, mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mangsa rentung Toyota Harrier parah dihiris



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker