Shuib, Sarah bina rumah baharu kepada mangsa kebakaran

Shuib (berbaju kuning) menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa kebakaran di Bachok, Kelantan.

 

BACHOK: Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raisuddin bermurah hati membina dua buah rumah untuk dua keluarga mangsa kebakaran.

Kesediaan pasangan itu untuk membina rumah baharu buat dua keluarga membabitkan 14 penghuni tapak rumah mereka yang terbakar di Kampung Alor Kebakat, Mahligai di sini sebagai sumbangan jariah keuntungan syarikat francais minuman mereka, Bubblebbe.

Selain menyediakan tempat tinggal itu, Shuib berkata, pihaknya juga menyediakan segala keperluan yang diperlukan dalam keadaan segera kepada mangsa kebakaran itu.



Sementara menantikan rumah baharu siap dibina, Shuib berkata, dia dan pengurusan syarikatnya telah mencari rumah sewa buat salah seorang daripada mangsa kebakaran untuk menetap sementara waktu.

Pembiayaan sewa rumah itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pelawak terkenal tanah air itu.

Ketika ini, Shuib bersama kakitangan syarikatnya berada di Kelantan bagi menghadiri majlis perasmian cawangan ke-31 dan 31 Bubblebee.

“Alhamdulillah niat dan hasrat kami membina dua buah rumah untuk keluarga berkenaan dibuat selepas mendapat persetujuan pemimpin setempat dan keluarga berkenaan,” kata Shuib.



Kos pembinaan sebuah rumah bagi setiap mangsa kebakaran itu ialah sebanyak RM56,000 dengan tempoh masa yang dijangka diperlukan ialah selama tiga bulan.

Tiga hari lalu, keluarga Siti Hawa Hamat, 72, dan Halimah Mayan, 60, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dijilat api.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker