Kejutan Habis Idah..Lahirkan Anak Selepas Sejam Mengandung
Jakarta: Seorang wanita muda yang baru habis idah selepas empat bulan bercerai terkejut apabila melahirkan bayi perempuan selepas sejam disahkan mengandung.
Malah, Siti Jainah, 25, dari Kampung Gabungan Desa Sukapura, Cidaun, Cianjur di Jawa Barat yang mempunyai seorang anak mendakwa tidak merasai sebarang simptom ibu mengandung mahupun perubahan bentuk badan, malah turut datang haid seperti biasa setiap bulan.
Keadaan itu menyebabkan kampung berkenaan gempar dan situasi dialami wanita terbabit dianggap aneh serta penuh mistik, selain turut tular di media sosial, beberapa hari lalu.
Detiknews melaporkan kejadian itu bermula apabila Siti Jainah tiba-tiba sakit perut ketika bermain dengan anak sulungnya dan setengah jam kemudian, dia mendakwa perutnya membuncit beberapa kali sebelum kempis tidak lama kemudian.
Dia juga mendakwa seperti ada angin yang menghembus ke arahnya ketika itu, sebelum perutnya memulas.
“Keluarga bimbang melihat keadaan saya, malah sebelum perut saya buncit, seperti ada (benda) yang masuk ke dalam rahim.
“Beberapa kali perut membuncit tetapi tidak lama, ia kempis. Kemudian sekitar 20 minit saya rasa memulas,” katanya.
Menurutnya, keluarganya memanggil bidan untuk membuat pemeriksaan dan mereka dimaklumkan sudah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Tidak lama selepas itu, Siti Jainah melahirkan bayi perempuan secara normal dan kedua-duanya sihat.
Wanita itu mengakui terkejut melahirkan bayi terbabit memandangkan selama sembilan bulan tidak merasai proses kehamilan, serta mengaku datang haid setiap bulan.
“Mungkin ini sudah takdir Allah SWT untuk saya. Yang penting saya dan bayi selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pusat Kesihatan Awam Cidaun, H Eman Sulaeman berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat mengenai kelahiran itu, meskipun keadaan itu dianggap aneh.
Katanya, petugas kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan ibu dan bayi perempuan itu yang beratnya 2.9 kilogram.
Sumber: DetikNews
Cayalah…Tak Sempat Ke Hospital, Lelaki Ini Terpaksa Jadi ‘Bidan Terjun’ Sambut Anak Lahir Di Rumah
You must be logged in to post a comment.