Mahu kelihatan ‘multi-racial’, PN terdesak terima Gerakan

Perdana Menteri harus bertindak tegas buang Gerakan daripada PN

1. PERIKATAN Nasional (PN) amat jelas terdesak untuk kelihatan ‘multi-racial’ apabila menerima permohonan Gerakan bagi menyertai gabungan politik itu.

2. Ketika MCA bersama Barisan Nasional (BN) dan DAP pula bersama Pakatan Harapan (PH), PN merasakan ia juga memerlukan parti berteraskan bangsa lain untuk menonjolkan imej multi-racial, walaupun mereka amat faham Gerakan amat lemah dan telah ditolak mentah-mentah oleh rakyat Cina apabila gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

3. Lebih malang, Gerakan sebenarnya memperjuangkan aspirasi rakyat Cina di Malaysia bersama MCA dan DAP dengan membelakangkan perlembagaan persekutuan serta semangat muhibbah perpaduan kaum di Malaysia.

Apa rasional PN terima parti celupar seperti Gerakan



4. Ini terbukti dengan pelbagai pendekatan dan pendirian mereka dalam isu sekolah vernakular, tulisan jawi dan banyak isu-isu sensitif lain. Gerakan juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bangsa Melayu juga merupakan bangsa pendatang.

5. Terkini, sebaik sahaja diterima masuk PN, Gerakan Kelantan mengeluarkan kenyataan untuk bertanding di semua kawasan PAS di Kelantan. Bukankan PAS merupakan parti komponen dalam PN? Sikap kurang ajar dan biadap apakah yang cuba ditunjukkan oleh parti cauvinis yang sudah tidak relevan ini?

6. Perdana Menteri harus mengambil pendirian tegas membuang Gerakan dari PN! Tindakan bekerjasama dengan Gerakan hanya seperti mendukung biawak hidup! Mereka adalah gunting dalam lipatan dan ibarat api dalam sekam!



Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker