IG Aaisyah Dhia Rana Promosi Produk Besarkan Aset Wanita, Che Ta Dikecam Netizen

Che Ta dan AaisyahSumber : Instagram Aaisyah Dhia Rana  

Video berdurasi kurang daripada 1 minit itu telah memaparkan seorang wanita sedang memegan produk dengan menunjukkan hampir sebahagian payu daranya dengan memakai baju tidur  yang seksi.

Netizen yang melihatkan video tersebut meluahkan rasa kurang senang kerana merasakan intipati video tersebut agak lucah dan tidak sesuai untuk usia anaknya yang masih kecil.
IG AaisyahSumber : Instagram Aaisyah Dhia Rana  

Lantas, pengikut dan peminat si cilik itu tampil memberikan ‘sepatah dua kata’ kepada Che Ta di atas tindakannya membiarkan iklan seperti itu berada di Instagram anaknya. Malah, ada yang bertindak untuk tidak mengikuti lagi akaun media sosial Aaisyah dan ada juga yang telah berkurang rasa hormat kepada aktres jelita ini.

Komen IG AaisyahSumber : Instagram Aaisyah Dhia Rana  

Namun, Che Ta masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap perbuatan itu meskipun dikritik hebat oleh netizen.

Sekadar info, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga kepada pelakon itu hasil perkahwinannya bersama pelakon Zain Saidin. Terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya yang terdahulu.-BeautifulNara

SUMBER : Instagram Aaisyah Dhia Rana

Pakaian anak ‘Che Ta’ mencolok mata dan seksi ditegur ‘Bawang Rangers’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker