[VIDEO] “Mak Bising Kerusi Dapur Asyik Hilang” Bapa Surprisekan Anak ‘Hantu PUBG’ Dengan Gaming Chair

BAGAIKAN tidak lengkap hidup kaki ‘game’ bermain permainan video dalam talian tanpa kelengkapan seperti kerusi ‘game’ atau gaming chair.

Tanpa disangka-sangka, seorang anak diberikan kejutan berupa kerusi game, pemberian hadiah istimewa daripada bapanya sendiri!

Video yang merakamkan momen kejutan itu mencatatkan lebih sejuta tontonan, hanya beberapa jam selepas dikongsikan di aplikasi TikTok.



LIHAT VIDEO BIBAWAH:-

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OA2BXBFvbqc[/embedyt]

Anak bertuah itu, Muhammad Elham Mohd Amin berkata, kejutan dibuat pada Rabu malam ketika dia asyik bermain PUBG, permainan video yang menjadi kegilaannya.

Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, dia sebenarnya baru membeli beberapa kelengkapan untuk kemudahannya bermain permainan video,  hampir sebulan lalu.



“Saya ni memang dah lama ‘hantu’ PUBG. Nak bagi selesa, saya beli beberapa kelengkapan seperti meja dan keyboard secara online.

“Niat nak beli kerusi game juga, tapi saya survey (tinjau) dulu. Buat sementara waktu, saya guna dulu kerusi dari meja makan di dapur,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Elham, katanya, ‘kehilangan’ salah satu daripada enam kerusi meja makan itu menjadi tanda tanya ibunya.

“Mula-mula hilang tu mak bising juga, tapi lepas tu mak okay je. Tapi paling saya tak sangka bila ayah saya buat kejutan hadiah kerusi game untuk saya.

“Mak saya suka beli barang online, mungkin mak cadangkan ayah supaya belikan kerusi game tu secara online dengan bantuan abang saya,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu



Menurut pemuda dari Parit Sulong di Batu Pahat, Johor itu, bapanya yang berusia 52 tahun merupakan salah seorang imam di sebuah surau di Kampung Parit Sentang Batu.

“Ayah dulu memang garang dengan anak-anak. Tapi sejak jadi imam ni, perwatakan ayah lebih penyayang dan lemah lembut. “Dan ayah sporting dengan minat saya bermain game.

Ayah pun kadang-kadang suka main PlayStation 4 (PS4) di ruang tamu bila ada masa lapang,” ujarnya yang bekerja sebagai jurujual.

Mengenai kejutan hadiah tersebut, Elham benar-benar terharu dengan pemberian bapanya kerana dia pada mulanya merancang untuk membelinya menggunakan duit poket sendiri.



“Memang tak sangka ayah buat kejutan. Walaupun saya tahu ayah begitu sayangkan anak-anak dia, tapi saya terharu sangat. Dapat kerusi game tu, memang teruja!

“Sebenarnya elok sangat ada kerusi game ni sebab selain empuk, ia juga menjaga postur tulang belakang kita. Siap ada kemudahan mengurut lagi,” katanya.

Dalam kegembiraan itu, bapanya yang juga merupakan penyelia di sebuah kilang turut titip pesanan penting buatnya.



Ayah kata main game, main game juga, tapi jangan tinggal solat. Ayah juga pastikan anak-anaknya selalu baca al-Quran,”katanya.-mSTAR

Tikam bapa berang ditegur main PUBG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker