Sumpah Tak Rugi! Selain Oden, 9 Makanan Wajib Cuba Di Family Mart

Sebut sahaja Family Mart, pasti ramai akan membayangi kelazatan oden yang dijual di kedai serbaneka itu.

Pernah menjadi viral suatu ketika dahulu, oden ini tetap menjadi pilihan utama setiap kali pelanggan mengunjungi Family Mart. Tetapi kedai serbaneka ini bukanlah menjual oden semata-mata, kerana pelbagai jenis makanan lain boleh didapati di sini.

Sebut sahaja apa yang kamu teringin makan, daripada kek, roti, salad sehinggalah spaghetti, semuanya boleh didapati di sini.



Jika kamu mengunjungi Family Mart, selain oden kamu patut mencuba beberapa makanan ini. Selain harganya yang berpatutan, rasanya juga pasti membuatkan kamu mahu membelinya berulang kali.

Oden 

Sekiranya pergi ke Family Mart, oden ini menjadi makanan yang ‘wajib’ untuk dicuba.

Foto – Penang Foodie / VOCKET

Kamu boleh makan oden dengan memilih kuah sama ada asli atau sup tomyam. Kemudian, pilih beberapa pilihan makanan kegemaran kamu sama ada kek ikan, bebola udang, bebola ikan dan sebagainya.

Oden ini juga boleh dimakan bersama udon, mi shabu, mi segera dan juga bihun.



Bento

Malas nak keluar bersesak untuk makan tengah hari? Kamu boleh membeli dan mencuba bento daripada kedai serbaneka ini.

Foto – Rebecca Saw

Untuk kekalkan kesegaran dan kesedapan makanan, bento ini disediakan secara setiap hari. Kamu boleh dapatkan pelbagai jenis pilihan bento sama ada nasi atau mi.

Sofuto

Paling best kalau cuaca panas dan kamu makan Sofuto dari Family Mart!

Foto – Johor Foodie / Visit Johor (Facebook)

Sumpah tak rasa rugi kalau membeli Sofuto kerana rasa ais krimnya yang berkrim dan lembut. Walaupun Sofuto Matcha boleh didapati setiap hari, tetapi ada beberapa perisa yang dikeluarkan secara bermusim.



Onigiri 

Untuk peminat makanan Jepun, onigiri ini sering sold out di kedai serbaneka. Rasanya yang enak dan mudah dimakan di mana-mana sahaja, onigiri ini boleh didapati dalam pelbagai jenis pilihan.

Foto – Neuron Mobility

Selain onigiri klasik seperti tuna mayo, salmon dan ebiko, kamu juga boleh dapatkan onigiri edisi khas terhad yang dikeluarkan oleh Family Mart.

Frappe 

Tak boleh dilupakan frappe daripada kedai serbaneka ini. Boleh didapati dalam pelbagai jenis perisa, frappe segera ini membuatkan kamu mendapat frappe tanpa memerlukan pengisar.

Foto – Twitter

Untuk menikmatinya, ambil frappe pilihan kamu dan bawa ke kaunter. Selepas itu pilih citarasa pilihan kamu sama ada kopi, susu atau coklat dan siap untuk dinikmati!



Sandwich 

Ada beberapa jenis sandwich yang boleh didapati di kedai serbaneka ini. Sama ada Sando Sandwich yang mempunyai pelbagai perisa atau sandwich tempatan yang boleh didapati dalam pelbagai jenis pilihan.

Foto – SGMYTRIPS.com / Penang Foodie

Untuk pengetahuan kamu Sando Sandwich adalah sandwich pencuci mulut yang asli daripada Jepun. Sandwich ini diisi dengan buah, krim dan pelbagai topping yang lain.

Manakala sandwich tempatan boleh didapati dalam pilihan telur mayo, potongan ayam dan sebagainya.

Hanjuku Cheese

Bagi peminat cheesecake, jika kamu tidak mahu makan cheescake yang besar, apa kata kamu beli Hanjuku Cheese ini.



Foto – Faradidi / 8 Days

Cheesecake yang dibakar separuh ini pasti meninggalkan rasa yang kaya dan penuh berkrim di dalam mulut. Sedap sangat!

Pencuci Mulut Mini 

Rasa tak lengkap selepas makan tidak makan pencuci mulut. Bagi kamu yang ingin mendapatkan pencuci mulut di Family Mart, kamu boleh mencuba beberapa pencuci mulut mini.

Foto – Twitter / Airah Syahirah

Pelbagai jenis pilihan yang boleh didapati daripada Strawberry Shortcake, Chocolate Mousse, Matcha Parfait dan banyak lagi.

Makanan Ringan Yang Panas

Di bahagian kaunter Family Mart, pasti kamu pernah melihat ‘hot bar‘ yang menjual pelbagai makanan ringan yang panas.



Foto – Barry Boi

Pelbagai jenis makanan ringan seperti sosej, tauhu sotong, karipap, kepingan ayam dan sebagainya, kamu boleh dapatkannya dalam keadaan yang masih panas lagi.

Mini Basque Burnt Cheesecake

Tidak ketinggalan dalam mengikuti trend Basque Burnt Cheesecake, Family Mart juga turut mengeluarkan versi mereka iaitu Mini Basque Burnt Cheesecake.

Foto – Pop Daily / Family Mart Malaysia (Facebook)

Sering sold out di mana-mana kedai serbaneka Family Mart ini, jangan lepaskan peluang jika kamu menjumpainya.

Selain makanan-makanan ini, terdapat pelbagai jenis lagi makanan yang best dan patut dicuba! Kalau ke Family Mart, pastikan kamu membawa wang cukup-WN

Pak Abu Yong Tau Foo sejak tahun 1983

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker