Kerajaan lemah, tunduk desakan MCA-DAP ubah SOP Tahun Baharu Cina

SOP berubah-ubah cerminan kepada SOP yang ‘hentam ikut suka’

BANGI, 26 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Selepas menerima kritikan daripada pemimpin parti berasaskan kaum, MCA dan DAP – prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baharu Cina yang dipertikai sebelum ini telah ditambah baik.

Tindakan itu sekali gus memperlihatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didominasi parti Melayu kini masih lemah.

Ini kerana, PN bukan sahaja tunduk kepada desakan MCA dan DAP berhubung perkara itu, malah menunjukkan ketidakcekapan kerajaan dalam membuat SOP yang efisien.

Ketua Penerangan Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA), Asyraf Badhrul secara sinis berkata, sekiranya semua perkara telah dipertimbangkan di peringkat awal dan persediaan rapi dibuat, sepatutnya SOP yang mapan boleh diperkenalkan dan dipertahankan – jika dipersoal.

“Namun kita lihat SOP yang berubah-ubah, adalah cerminan kepada SOP yang ‘hentam ikut suka’ sahaja.

“Akibatnya, kerajaan semakin nampak lemah dan tunduk dengan desakan, dan DAP mahupun MCA sekali lagi menjadi ‘hero wayang’ kepada masyarakat Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Asyraf yakin wujud kerjasama antara DAP dan MCA di belakang tabir dalam isu-isu membabitkan kaum Cina.

PN akan terus tunduk pada watak ‘rakus’ – Anwar

“DAP dan MCA bekerjasama dengan baik di belakang tabir. Apabila isu kaum Cina menjadi perhatian, kita dapat lihat kesatuan dua parti politik ini,” katanya.

Katanya lagi, tindakan DAP yang lantang bersuara mengutamakan kaum Cina sahaja terbukti parti itu rasis.

“Walaupun mereka sering melaungkan kesamarataan dan kononnya menjaga kepentingan semua kaum, ternyata apabila keadaan tidak berpihak pada kaum Cina, mereka akan lebih lantang bersuara dan membuat desakan bertalu-talu.

“Di manakah mereka ketika SOP Thaipusam diperkenalkan? Adakah mereka ‘sebising’ sambutan perayaan Tahun Baharu Cina? Begitu juga pada waktu Hari Raya, dan sebagainya,” soalnya.

Terdahulu, SOP perayaan berkenaan menyatakan aktiviti ziarah dan jamuan makan besar keluarga hanya untuk seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja.

Bagaimanapun, SOP yang dibuat hasil perbincangan dengan pelbagai pihak itu mendapat bantahan dari pemimpin MCA dan DAP, lantas menggesa kerajaan menyemak semula dan melakukan penambahbaikan.

Bagaimanapun semalam, Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan penambahbaikan SOP sambutan perayaan itu.

Makan besar keluarga pada malam Tahun Baharu Cina (11 Februari) dibenarkan dengan tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat, yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer radius tanpa rentas daerah dan negeri.

Batal HSR: Kerajaan PN, PH sama saja, komitmen berubah-ubah, kata Khaled

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker