PN akan terus tunduk pada watak ‘rakus’ – Anwar

KUALA LUMPUR: Kerajaan lemah seperti Perikatan Nasional (PN) akan terus tunduk kepada watak-watak rakus yang berkepentingan dan kebajikan rakyat akan terus dikorbankan.

Itu dakwaan terkini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tewas undian belah bahagian bacaan kali ketiga Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 petang tadi.

Beliau mendakwa, PN akan terus berdepan dengan masalah keyakinan dan telah dibuktikan hari ini apabila ia hanya berjaya mempunyai tidak lebih dari 112 sokongan.

“Meski Belanjawan 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, masih terdapat banyak perkara dan butir-butir di dalam belanjawan yang tidak dihiraukan oleh kerajaan PN. Atas sebab ini juga pembangkang sepakat untuk membantah belanjawan tersebut.

Saya tidak perlu tunduk, taat kepada Anwar – Mahathir

“Belanjawan itu juga terdapat banyak kelemahan, dan ini telah dibukti dan diperdebatkan secara terperinci di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli Parlimen. Belanjawan 2021 mencerminkan betapa kerajaan PN hanya mengutamakan hayat politik mereka lebih dari kebajikan dan keterdesakan hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

RUU Perbekalan 2021 bacaan kali ketiga diluluskan di Dewan Rakyat dengan sokongan 111 ahli Parlimen melalui undian secara belah bahagian.

Detik cukup mendebarkan itu tetap berpihak kepada kerajaan PN meskipun blok pembangkang menentang dengan kekuatan penuh iaitu seramai 108 orang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan hanya seorang ahli Parlimen tidak hadir dalam sesi pengundian yang begitu getir menentukan untung nasib kerajaan.

Beliau ialah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Kerajaan PN Tidak Stabil: Menang Hanya 3 Undi, Jika 4 MP tidak hadir PN boleh tumbang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker